A Moment With Me

Serasi Namun Tak Selari..errrr
Saturday, May 19, 2012 | 11:44 PM | 0 Coretan Hati


Mempunyai sahabat merupakan anugerah yang tidak ternilai. Ia terjalin atas dasar kamu dan teman mempunyai keserasian untuk bersama. Namun di sebalik keserasian itu, wu jud pula satu jurang yang mem buatkan kalian berdua tidak selari. Mengapa ini boleh terjadi? ini kerana setiap manusia itu tidak diciptakan sama dari pada segi paras rupa mahupun sikapnya. Ada ketikanya teman kamu terlalu sensitif , keras hati , tidak memahami kamu malah sering kali bercanggah pendapat.

Ini menyebabkan pertengkaran mula berlaku sehinggakan wujudnya satu tembok yang menjadi pemisah antara kamu dan teman. Mulalah masing-masing bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Kalau boleh jangan sampai memutuskan tali persahabatan itu. Belajarlah memahami antara satu sama lain. ayuh, atasi masalah yang membelenggu kamu dan teman dengan tip ini.

1. Bertolak Ansur

Punca: wujud perselisihan faham yang melibatkan aspek tugasan, kewangan malah percanggahan pendapat. Sehinggakan kamu berdua sanggup bergaduh dan bermasam muka berhari-hari. Kalau boleh masing-masing nak tinggikan ego dan tak mahu beralah langsung. Jadi nak tak nak kalian terpaksa tempuhinya juga.
Solusi: Bertolak ansur merupakan jalan terbaik dan pastikan salah seorang daripada kamu mengalah. Kamu kena ingat, mengalah tidak semestinya kalah. tak guna kamu meninggikan ego semata-mata untuk membiarkan diri kamu dipujuk. apa salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan memujuk teman. Boleh kan?


2. Memahami
Punca: ada kalanya teman kamu tiba-tiba marah tanpa sebab, moody dan ada teman yang memberikan hint untuk menyatakan sesuatu kepada kamu. Namun kamu seperti tidak mengendahkan perkara-perkara kecil ini. Malah kamu tidak memahami langsung apa yang ingin disampaikan oleh teman.
Solusi: Kadangkala kamu sendiri tidak menjangkakan perkara ini boleh berlaku. Sebagai seorang sahabat, kamu perlu lebih peka dan tahu dengan keadaan sekeliling. Kamu dan teman perlu belajar untuk saling memahami. Mungkin teman kamu memerlukan tempat untuk mengadu nasib begitu juga sebaliknya. Mulai saat ini, kamu berdua perlu belajar untuk mengenali hati dan perasaan masing-masing.


3. Bersemuka
Punca: kau kata aku, aku kata kau! ha, itulah jadinya bila masing-masing tidak seteru. Kalau boleh dua-dua nak menang. ada kalanya kamu dan teman dilihat seperti kebudak-budakan. Punca pergaduhan hanyalah perkara remeh yang boleh diselesaikan sekiranya kalian tidak saling menuding jari.
Solusi: Sekiranya berlaku sebarang perbalahan antara kamu dan teman, tidak kiralah siapa yang memulakan dahulu, segeralah mengambil tindakan. Lebih baik bersemuka dan bertanyakan masalah yang membelenggu hubungan kalian. Mungkin salah seorang tidak berpuas hati dengan cara kamu atau sebaliknya. Cara ini boleh menjernihkan semula hubungan kamu dan teman seperti sedia kala.


4. Beterus Terang
Punca: selalunya, perselisihan faham sering berlaku bila kamu dan teman saling tidak mahu berterus terang. Sedangkan samasama tidak berpuas hati antara satu sama lain. Mungkin kamu kurang gemar dengan caranya yang tidak tahu menjaga hati ataupun sebaliknya. Perkara ini mungkin turut dirasai oleh teman kamu juga. Jadi apa nak buat?
Solusi: Kamu dan teman haruslah bersikap profesional. Jangan nak ikut rasa marah dan sakit hati sahaja. daripada kamu berdua memendam rasa adalah lebih baik berterus terang. Cara ini bukan untuk memanjangkan permusuhan sebaliknya ingin mencari titik keselarian antara kamu berdua.

Older Post | Newer Post
That's Me



Annyeong Haseyo! WeLCoMe To My BLoG!

HiDuP Tak SeinDaH FanTaSi..HiDuP Tak SeMuDaH MiMPi..HaDaPi ReaLiTi..KuaTKaN Hati..KeKaLkan SenYumaN..InsyaAllah..SeMua AkaN BAik-Baik SaJe..

-My Heart-



Entries

-Still WaitinG-